Carian
TM Dan Digi Bekerjasama Untuk Menguji Perkongsian Rangkaian 5G Untuk Demo Di Langkawi
January 9, 2020 Aman

Pelbagai syarikat telekomunikasi kini menyertai Projek Demonstrasi 5G di Langkawi yang dikendalikan oleh pihak SKMM. Tidak ketinggalan adalah Telekom Malaysia dan Digi.

Menariknya, kini mereka mengumumkan yang mana kedua-dua syarikat akan bekerjasama untuk menguji perkongsian rangkaian 5G untuk tujuan berkenaan.

Kerjasama ini memperlihatkan Digi menjalankan tapak ujian 5G mereka di Langkawi yang dibantuk oleh TM yang menyediakan jaringan terhubung ke rangkaian utama di tapak berkenaan. Kedua-dua syarikat juga turut menjalankan eksplorasi perkongsian RAN di Langkawi.

Kerjasama ini sekaligus memperlihatkan yang mana ia akan menawarkan lebih keuntungan dari segi keberkesanan kos dan juga operasi yang lebih efisien.

Buat masa ini, kerjasama ini hanya untuk Projek Demonstrasi 5G di Langkawi sahaja.

Komen