Cari @ Amanz

F&N merupakan salah satu jenama yang tidak asing lagi dikalangan pengguna tempatan, terutamanya untuk minuman. Hari ini, Fraser &Neave (F&N) telah pun melancarkan kedai atas-talian mereka tersendiri, dinamakan F&N Life.

Melaluinya, pengguna boleh melakukan pesanan produk F&N dengan mudah, dan pada harga berpatutan. Seperti biasa, produk yang dipesan akan dihantar terus ke rumah pengguna. Sebelum ini F&N telah bekerjasama dengan beberapa platform jual-beli, dan kini mereka mengambil langkah untuk bergerak setapak lagi kehadapan.

Laman berkenaan menyertakan pelbagai produk dibawah jenama F&N, selain pada masa yang sama turut berkongsi beberapa artikel menarik – termasuk berkaitan resipi makanan dan minuman.

Bersempena dengan pelancaran F&N Life ini, mereka turut menawarkan diskaun 5% untuk semua pembelian dan menikmati penghantaran percuma di Semenanjung Malaysia sepanjang Januari dan Februari 2020 ini. Pada masa yang sama, pengguna yang membuat pembayaran menggunakan dimpet digital Touch ’n Go turut akan menerima pulangan tunai sekali sebanyak RM5 untuk pembelian RM50 dan ke atas daripada 9 Januari hingga 29 Februari 2020 ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd