YouTube Mungkin Akan Mengumumkan Sokongan Penstriman 8K Ketika Pelancaran Galaxy S20

YouTube Mungkin Akan Mengumumkan Sokongan Penstriman 8K Ketika Pelancaran Galaxy S20

Diterbitkan pada Jan 10, 2020 oleh .

Televisyen 8K telah mula ditawarkan kepada pengguna sejak dua tahun yang lalu. Namun begitu kandungan pada resolusi yang amat tinggi ini masih sukar untuk dinikmati terutamanya di Malaysia. Kandungan FHD dan 4K terpaksa menjalani proses upscaling pada televisyen 8K. Tetapi kandungan 8K kelak mungkin akan dapat distrim menerusi laman YouTube dalam masa terdekat,

Samsung TV 8K QLEDMenurut laman Korea Ajunews, Samsung telah bekerjasama dengan YouTube untuk menyokong penstriman video 8K. Pengumuman sokongan penstriman 8K dipercayai akan dilakukan ketika pelancaran Samsung Galaxy S20 pada 11 Februari ini. Galaxy S20 dipercayai akan mempunyai kemampuan melakukan rakaman video 8K 30PFS kerana menggunakan cip Snapdragon 865.

Dengan telefon pintar mampu melakukan rakaman 8K pada tahun 2020, sudah tiba masanya laman penstriman video nombor satu dunia menyokongnya. Bagi Samsung pula ini akan memudahkan lagi mereka menjual S20 dan televisyen 8K keluaran mereka.


TIPS & ULASAN