Cari @ Amanz

Facebook pada tahun lepas telah pun berkongsi perancangan mereka untuk hadir dengan rekaan web yang serba baru. Beberapa elemen daripadanya telah pun mula diperkenalkan pada aplikasi mudah-alih mereka, dan kini Facebook telah mula menguji rekaan antaramuka baru ini melibatkan sejumlah kecil pengguna.

Rekaan antaramuka baru untuk Facebook di web ini menawarkan rekaan yang lebih bersih dan kemas, mengetengahkan fokus terhadap Stories, selain turut memfokuskan kepada Facebook Groups.

Facebook Web Baru

Facebook Web Baru

Facebook masih mengujinya dikalangan kecil pengguna dan mendapatkan maklumbalas mereka terlebih dahulu sebelum memperkenalkan ia secara meluas kepada semua.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah gergasi laman sosial berkenaan akan menawarkan rekaan baru ini dengan meluas kepada semua pengguna seluruh dunia.

Bagi anda sendiri, apa kata anda berkenaan rekaan baru ini?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd