Cyrcle Phone Ialah Telefon Android Dengan Skrin Bulat

Cyrcle Phone Ialah Telefon Android Dengan Skrin Bulat

Diterbitkan pada Jan 10, 2020 oleh .

Sejak diperkenalkan lebih tiga dekad yang lalu, rekaan telefon mudah alih secara lazimnya adalah berbentuk kotak. Di CES, Cyrcle Phone telah diperlihatkan dan ia sebuah telefon pintar Android dengan skrin berbentuk bulat serta dilengkapi dua bicu audio.

Tidak banyak maklumat diketahui mengenai Cyrcle Phone pada waktu ini cuma ia pada asalnya adalah projek telefon pintar cetakan 3D yang ditawarkan di laman Kickstarter pada tahun 2o16. Di CES Cyrcle Phone dilihat menggunakan sistem operasi Android 9 dan satu kamera sebesar 13-Megapixel.

Dua bicu audio yang disertakan membolehkan dua orang pengguna menonton video atau mendengar muzik bersama. Buat masa ini Cyrcle Phone masih lagi di peringkat prototaipdengan perancangan menghasilkan antaramuka yang berfungsi sepenuhnya dalam skrin bulat.

Terdapat beberapa projek menghasilkan telefon pintar berskin bulat sejak sedekad lalu antaranya ialah Runcible pada tahun 2015. Peranti Firefox OS ini walau bagaimanapun setahu kami tidak dipasarkan secara meluas dan tiada peranti kedua dikeluarkan oleh pembangunnya Monohm.



TIPS & ULASAN