Amazfit Bip S Dilancarkan – Bateri 40 Hari, Rekaan Dwi-Tona, Menyokong 10 Mod Sukan

Amazfit Bip S Dilancarkan – Bateri 40 Hari, Rekaan Dwi-Tona, Menyokong 10 Mod Sukan

Diterbitkan pada Jan 10, 2020 oleh .

Amazfit Bip adalah antara peranti boleh pakai Amazfit yang popular. Ini kerana, ia dijual pada harga yang berbaloi dan berfungsi hampir seakan sepasang jam tangan pintar sebenar. Tetapi sebenarnya, Amazfit Bip hanyalah seakan Mi Band dengan fungsi yang sedikit lebih hebat.

Terkini, Amazfit telah hadir dengan penggantinya – Amazfit Bip S. Dari segi saiz, ia masih mengekalkan saiz yang sama iaitu kecil, ringan dan kompak. Saiz skrin juga sama 1.28-inci TFT, menggunakan sistem operasi tersendiri dan yang paling menarik adalah tali jam serba baharu. Tali jam Amazfit Bip S kini menggunakan proses “Cleaning Wristband”, yang mana akan kalis debu, kotoran dan akan tahan lebih lama. Rangka jam pula adalah dari keluli tahan karat 316L.

Dari segi bateri, ia mampu bertahan selama 40 hari dengan sekali cas. Hadir dengan GPS dari Sony yang menggunakan rekaan cip 28nm, dan pengimbas nadi ciptaan Huami tersendiri BioTracker PPG. Untuk perlindungan 5ATM disokong, menambah 10 mod sukan, boleh mengawal muzik pada peranti yang ditambat, dan mempunyai sistem penilaian kesihatan.

Harga jualan adalah sekitar RM286, yang mana sedikit mahal dengan generasi lama. Namun, dari apa yang ditawarkan – tidak dinafikan ianya berbaloi.


TIPS & ULASAN