“Face Unlock” Pada Google Pixel 4 Tidak Berfungsi Selepas Kemaskini Januari 2020

“Face Unlock” Pada Google Pixel 4 Tidak Berfungsi Selepas Kemaskini Januari 2020

Diterbitkan pada Jan 10, 2020 oleh .

Masalah demi masalah tiba pada Pixel 4. Kemaskini Disember yang lewat tahun lepas baru sahaja diedarkan tahun ini bersama-sama dengan kemaskini Januari. Namun kemaskini yang sepatutnya membaiki masalah dan menambah fungsi/ciri telah mengakibatkan masalah teruk berlaku. Selepas kemaskini tampalan sekuriti Januari 2020, beberapa peranti Pixel 4 dilaporkan tidak boleh menggunakan fungsi “Face Unlock”.

Masalah ini dilihat apabila mesej terpapar pada kunci skrin mengatakan “Can’t verify face. Hardware not available” dan “Can’t verify face. Try again”. Pixel 4 dilihat terus tidak mengesan sensor kamera infra merah jarak dekat terbina, seakan ada masalah pada bahagian perkakasan. Namun, apabila pengguna menetapkan semula peranti ke tetapan asal atau mendaftar kembali wajah mereka – masalah yang sama tetap berlaku. Mematikan dan menghidupkan semula peranti juga dilihat tidak membantu. Google dikatakan sedang menyiasat hal ini dan tiada jalan penyelesaian lain buat masa ini. Disebabkan Pixel 4 tidak mempunyai pengimbas cap jari terbina, pengguna terpaksa menggunakan cara lama – iaitu nyahkunci melalui pin, kata laluan atau corak.



TIPS & ULASAN