Oppo Malaysia kini telah mula mengacah kehadiran sebuah lagi fon telinga nirwayar untuk pasaran tempatan, iaitu Oppo Enco Free.
Oppo Enco Free dilengkapi dengan sokongan Bluetooth 5.0 dan mempunyai jarak tambatan sehingga 10 meter. Ia turut menawarkan ketahanan bateri sehingga 5 jam dengan sekali pengecasan. Pod pengecasannya turut menawarkan tenaga bateri tambahan dengan jangka hayat sehingga 25 jam.
Oppo turut menyertakan sokongan pembatalan hingar AI Uplink untuk audio panggilan telefon yang lebih jelas.
Sebelum ini, Oppo telah mengatakan ia mungkin dijual pada harga RM499 untuk pasaran tempatan. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 16 Januari 2020 ini untuk mengetahui lanjut mengenai penawaran daripada pihak Oppo ini.