Cari @ Amanz

Kebanyakan TWS sekarang mempunyai rekaan yang lebih kurang sama. Sepasang fon telinga dengan jenis dalam telinga atau biasa, pod pengecasan dengan rekaan seakan AirPod, berbentuk bulat, bujur dan banyak lagi. Jujur saya katakan, kebanyakan rekaan adalah bosan. Sehinggalah YOBYBO hadir dengan CARD20.

Ia adalah TWS yang amat nipis, sehinggakan tiada masalah untuk simpan dalam dompet. Dari pod pengecasan sehingga ke fon telinga ia menggunakan rekaan yang leper, nipis dan lain daripada yang lain. Kemudian rekaan pada fon telinga juga didakwa menggunakan rekaan universal dan boleh muat di dalam telinga rama orang dan tidak akan tertanggal. Teknologi Bluetooth yang digunakan adalah dari Qualcomm dan versi 5.0, perlindungan adalah IPX4, menyokong tambatan pantas, seruan Google Assistant, kawalan gestur sentuhan, pembatalan hingar dan saiz keseluruhan 0.5-inci sahaja.

Ketahanan bateri hanyalah 4 jam, tetapi dengan pod pengecasan ia boleh bertahan sehingga 16 jam. Kualiti audio masih menjadi pertanyaan, kerana mereka hanya tekankan rekaan dan saiz sahaja – butiran seperti pemacu audio, kualiti mid/high/low tidak dikongsi. Tetapi yang pasti, ia menyokong Qualcomm aptX. Harga jualan di laman biayasama KickStarter adalah dari $59-$79, iaitu sekitar RM241-RM322.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd