Cari @ Amanz

Apakah umur yang sesuai seseorang dibenarkan menggunakan telefon pintar? Terdapat pakar yang percaya ia perlu diharamkan pada kanak-kanak bawah umur dua tahun. Di Vermont, Amerika Syarikat sebuah rang undang-undang telah dicadangkan supaya had umur minima untuk menggunakan telefon pintar ditetapkan ke 21-tahun.

Kanak KanakAlasan yang diberikan adalah kerana mereka di bawah umur ini belum cukup matang. Akibatnya berlaku kematian kerana menggunakan peranti ketika memandu dan melakukan pembulian atas talian yang menyebabkan berlakunya kes bunuh diri. Rang undang-undang menyarankan penjara setahun atau denda $1000 jika individu bawah umur didapati menggunakan telefon pintar.

Di atas kertas rang undang-undang ini tidak masuk akal. Tetapi ia dicadangkan oleh Senator John Rodgers bagi menunjukkan rangĀ  undang-undang yang ingin menetapkan had umur 21 tahun sebelum individu dibenarkan memiliki senjata api juga tidak masuk akal. Beliau percaya hak memiliki senjata api yang termaktub di dalam perlembagaan sepatutnya dipertahankan sama seperti hak menggunakan telefon pintar.

Hanya di Amerika Syarikat rang undang-undang tidak masuk akal dicadangkan sebagai tanda memprotes undang-undang menghalang pemilikan senjata api,

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd