Carian
Google Akan Menyokong Chrome Untuk Windows 7 Sehingga Julai 2021
January 10, 2020 Aman

Microsoft telah pun menyatakan yang mana mereka akan menamatkan sokongan untuk Windows 7 pada 14 Januari 2020 kelak. Dan bagi perusahaan, syarikat dan mereka yang inginkan sokongan lanjutan, boleh menyertai program ESU yang menawarkan sokongan tambahan sehingga tiga hari.

Bercakap mengenainya, hari ini pihak Google mengumumkan yang mana mereka akan terus menawarkan sokongan Chrome untuk Windows 7 bagi tempoh sekurang-kurangnya 18 bulan akan datang. Ini bermakna, Google akan menyokong Chrome sekurang-kurangnya sehingga 15 Julai 2021 kelak.

Apa pun, seperti biasa, pengguna dinasihatkan untuk beralih ke sistem operasi yang lebih terkini – sama ada ke Windows 10, ataupun mungkin turut boleh menggunakan sistem operasi keluaran Google sendiri, iaitu Chrome OS.

Komen