Audio-Technica Kini Mempunyai TWS Dengan Pembatalan Hingar Aktif – Harga Sekitar RM900

Audio-Technica Kini Mempunyai TWS Dengan Pembatalan Hingar Aktif – Harga Sekitar RM900

Diterbitkan pada Jan 10, 2020 oleh .

Audio-Technica adalah syarikat yang terkenal dengan perkakasan audio premium. Mereka lebih terkenal dengan set fon kepala, yang mempunyai kualiti tahap studio, DJ dan para profesional lain. Bagi yang tidak tahu (mungkin kerana harga yang terlampau mahal), Audio-Technica turut mempunyai sejumlah TWS tersendiri.

Terkini, mereka telah hadir dengan ATH-ANC300TW. Ia adalah set fon telinga nirwayar sebenar dari Audio-Technica dengan sokongan pembatalan hingar aktif. Mereka menggunakan sistem pembatalan hingar tersendiri yang dinamakan QuitePoint, perlindungan kalis percikan IPX2 dan Bluetooth 5.0. Setiap fon telinga dimuatkan dengan pemacu audio 5.8mm dan turut terbina adalah cip Qualcomm Clear Voice Capture untuk pembatalan hingar yang lebih optimal. Seperti kebanyakan TWS dengan pembatalan hingar aktif lain, ia turut mempunyai beberapa mod yang boleh ditukar.

Menjadikan TWS ini lebih menarik adalah, cip Qualcomm TrueWireless Stereo Plus. Cip ini akan menjanjikan kualiti audio yang lebih baik dengan masa pendam yang rendah. Ia juga mempunyai sensor yang boleh menjeda muzik apabila fon telinga ditanggalkan dari telinga. Ketahanan bateri adalah 4.5 jam dengan tambahan 13.5 jam pada pod pengecasan. Port pengecasan yang digunakan adalah USB-C dan dijual pada harga $229 sahaja, iaitu sekitar RM934. Dengan harga ini, Audio-Technica akan bersaing dengan Sony dan Apple. Adakah anda akan membelinya?


TIPS & ULASAN