Cari @ Amanz

Xiaomi sedia terkenal dengan penawaran antaramuka sistem operasi tersendiri, dinamakan MIUI. Versi paling terkini yang masih diperkenalkan secara berperingkat adalah MIUI 11. Namun, hal berkenaan tidak menghentikan pihak Xiaomi untuk memfokuskan kepada generasi MIUI akan datang.

Dinamakan MIUI 12, ia dijangka bakal diperkenalkan pada pertengahan kedua 2020 ini.

MIUI12

Pihak XIaomi tidak berkongsi lanjut buat masa ini berkenaan apakah yang akan disertakan pada MIUI 12 kelak. Berkemungkinan, pembangunan untuknya baru sahaja dimulakan, dan kita mungkin akan mendengar lanjut berkaitan dengannya dalam bulan-bulan akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd