Grab Menambah Sokongan Permesejan Pada Aplikasi Utama

Grab Menambah Sokongan Permesejan Pada Aplikasi Utama

Diterbitkan pada Jan 11, 2020 oleh .

Grab sebelum ini sedia menawarkan sokongan permesejan antara pemandu kenderaan dan juga pengguna – sekaligus memudahkan komunikasi antara kedua-dua pihak. Kini, selain daripada hanya boleh digunakan ketika membuat tempahan seru-pandu, Grab telah memperluaskan ciri berkenaan melalui sebuah tab “Chat” khusus.

Melalui tab “Chat” yang masih dilabelkan beta ini, pengguna boleh menghantar mesej kepada rakan-rakan mereka dengan mudah. Pada masa yang sama, selain menghantar teks, pengguna turut boleh menghantar duit melalui GrabPay menggunakan sokongan sama.

GrabChat

Buat masa ini, ia dilihat masih lagi diperingkat ujian beta, dan masih belum berfungsi dengan lancar sepenuhnya. Terdapat beberapa percubaan kami memperlihatkan ia tidak dapat menghantar kepada rakan lain mahupun mereka telah mengemaskini aplikasi Grab dan mempunyai ciri permsejan ini.

Bagi anda sendiri, boleh menguji ciri ini dengan ke halaman tab notifikasi, dan seterusnya, memilih “Chat”.



Paling Popular