Cari @ Amanz

Xiaomi Mi A2 adalah peranti Android One generasi kedua dari Xiaomi. Ia adalah antara yang popular, kerana tidak semua pengguna Xiaomi gemarkan MIUI. Dengan adanya pilihan Android One yang mirip dengan Android asli dari Pixel, ia menjadi pilihan alternatif bagi pengguna.

Peranti ini dilancarkan pada tahun 2018 dengan Android Oreo dan menerima kemaskini Android Pie dalam tahun yang sama. Android 10 yang dilancarkan secara rasmi sejak September tahun lepas, masih tidak diedarkan kepada peranti ini sehinggalah baru-baru ini, sumber kod kernel Android 10 untuk Mi A2 dan Mi A3 ditemui. Hari ini, Mi A2 telah mula menerima kemaskini Android 10. Saiz muat turun kemaskini adalah 1.3GB, dan ia diedarkan secara OTA atau pengguna boleh muat turun secara manual.

Disebabkan kod kernel Android 10 Mi A3 ditemui bersama-sama dengan Mi A2, kemaskini untuk Mi A3 mungkin akan diedarkan dalam masa yang terdekat ini. Sama-sama kita nantikan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd