Carian
Telefon Boleh-Lipat Samsung Akan Datang Mungkin Dinamakan “Galaxy Z Flip”
January 13, 2020 Aman

Samsung sedia diperkatakan bakal memperkenalkan telefon pintar boleh-lipat terbaru mereka pada acara MWC 2020 akan datang. Beberapa desas-desus telah kedengaran berkaitan dengan peranti berkenaan sebelum ini, dan terbaru, mengikut desas-desus yang hadir ke arena web, ia dikatakan mungkin dikenali sebagai Galaxy Z Flip.

Desas-desus terbaru ini sekaligus mematikan laporan sebelum ini yang mengatakan ia akan dikenali dengan nama Galaxy Bloom.

Samsung dijangka menawarkan rekaan telefon yang boleh dilipat ke bawah – lebih kurang seperti telefon lipat sedekad yang lepas. Ia diperkatakan telefon dengan skrin boleh-lipat ini akan berbentuk segi empat sama apabila ia dilipat, selain menawarkan skrin lebih panjang apabila dibuka.

Buat masa ini, spesifikasi penuh untuknya masih tidak diketahui lagi. Samsung menjadualkan acara pada 11 Februari kelak, dimana mereka dijangka akan memperkenalkan peranti berkenaan pada acara Unpacked berkenaan.

Komen