Carian
Tarteel Ditawarkan Untuk Android Dan iOS – Umpama Shazam untuk Bacaan Al-Quran
January 13, 2020 Aman

Bagi beberapa pengguna peranti mudah-alih, mungkin anda sedia mengenali akan aplikasi Shazam yang dimiliki Apple – dimana ia boleh mengenal-pasti lagu yang dimainkan dengan mudah berdasarkan kepada input yang didengar ketika aplikasi berkenaan dijalankan.

Kini, menawarkan ciri yang lebih kurang sama untuk bacaan al-Quran adalah Tarteel. 
Tarteel membolehkan pengguna membaca sesuatu ayat al-Quran, dan ia akan mengenal-pasti surah dan ayat untuk rangkap berkenaan.

Tarteel

Buat masa ini, aplikasi ini masih pada peringkat awal pembangunan. Pembangunnya sendiri sedang dalam proses menambah-baik sokongan pembelajaran mesin untuk al-Quran ini – sekaligus memudahkan pengguna dalam menambah-baik dan memperbetulkan bacaan mereka. Beberapa ciri-ciri baru turut dijangka diperkenalkan tidak lama lagi untuk selari dengan tujuan berkenaan.

Bagi anda yang menggunakan Android dan iOS, boleh memuat-turun dan mencuba aplikasi ini hari ini – dan membantu dalam menambah-baik lagi enjin pembelajaran mesin disebaliknya.

Komen