Asus ROG Phone 2 Strix Edition Kini Di Malaysia Pada Harga RM2499

Asus ROG Phone 2 Strix Edition Kini Di Malaysia Pada Harga RM2499

Diterbitkan pada Jan 13, 2020 oleh .

Asus Malaysia hari ini telah mengumumkan penawaran satu lagi variasi telefon pintar ROG Phone 2 untuk pasaran tempatan, iaitu Asus ROG Phone 2 Strix Edition.

Asus ROG Phone 2

Telefon pintar ini hadir dengan penawaran seumpama ROG Phone 2 yang asal, tetapi dengan memori 8GB RAM dan storan 128GB.

Asus ROG Phone 2 Strix Edition ini hadir dengan skrin 6.59-inci, dijana cip Snapdragon 855+, memori 8GB RAM, dan stroan 128GB. Ia menggunakan kamera utama 48-megapixel dibelakang, dan kamera 24-megapixel dihadapan. Melengkapkan ia juga adalah bateri 6000mAh.

Bagi anda yang mencari peranti untuk permua dengan kadar segar semula skrin yang tinggi, dan prestasi yang dioptimasikan untuk permua, boleh mendapatkan telefon pintar ini pada harga RM2499 bermula pertengahan Januari 2019 ini.


TIPS & ULASAN