Cari @ Amanz

Samsung bakal mengadakan acara Unpacked pada 11 Februari 2020 kelak, dimana mereka dijangka memperkenalkan beberapa peranti baru. Dijangka menjadi fokus utama pada acara berkenaan adalah pengenalan telefon mercu mereka, Galaxy S20.

Desas-desus sebelum ini telah sedia mengatakan Samsung bakal hadir dengan tiga variasi peranti, dan salah satunya adalah Samsung Galaxy S20 Ultra 5G.

Bercakap mengenainya, kini hadir informasi awal di internet, mengatakan ia mungkin ditawarkan dengan sokongan memori sehingga 16GB RAM.

Ini akan menjadikan Galaxy S20 antara peranti terawal dengan sokongan memori setinggi tersebut. Selain itu, desas-desus turut mengatakan ia akan menyertakan kamera utama 108MP, selain sokongan zum optikal bersama-sama dengannya.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 11 Februari ini untuk melihat sendiri kejutan yang bakal dibawakan oleh Samsung kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd