Cari @ Amanz

Pada beberapa peranti pada hari ini, sedia terdapat ciri yang menambah prestasi untuk seketika, yang mana biasanya dinamakan sebagai “Performance Mode”. Kini, melalui kod awal pada macOS, ia dilihat Apple mungkin mengimplementasi ciri yang lebih kurang sama.

Melalui kod pada macOS, ia didapati ia menyertakan kod untuk ciri dinamakan “Pro Mode”. Melaluinya, ia akan menjadikan aplikasi berjalan lebih lancar, tetapi pada masa yang sama mengurangkan sikit jangka masa penggunaan tenaga bateri.

Kod berkenaan juga turut memberikan petanda yang mana kipas akan bergerak lebih pantas dan kadar bising mungkin meningkat apabila Pro Mode diaktifkan.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Apple akan memperkenalkan ciri ini untuk pengguna MacBook. Tetapi, dengan penawaran MacBook Pro berkuasa baru-baru ini, tidak mustahil untuk kita melihat ciri ini diperkenalkan tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd