Instagram Mula Menyaring Kandungan Yang Dikesan Telah Dimanipulasi

Instagram Mula Menyaring Kandungan Yang Dikesan Telah Dimanipulasi

Diterbitkan pada Jan 14, 2020 oleh .

Pada Ogos tahun lalu, Instagram mengumumkan akan mula menyaring kandungan yang dipercayai telah dimanipulasi. Ini adalah langkah mereka untuk menentang penularan maklumat palsu, di mana mereka telah mencipta sebuah ciri dengan kerjasama 54 rakan pemeriksa fakta di dalam 42 jenis bahasa. Tetapi hanya beberapa hari lalu kandungan pertama yang disaring akhirnya ditemui lengkap dengan sebab mengapa ia dikategorikan sebagai palsu.

Gambar yang dimuatnaik oleh akaun mixsociety_ telah dimanipulasi menggunakan perisian bagi menunjukkan permukaan bumi berwarna-warni. Oleh sebab itu apabila ia diakses, pengguna akan hanya dapat melihat amaran dari Instagram bahawa imej mengandungi maklumat palsu. Tindakan Instagram ini mungkin akan menerima reaksi negatif dari pengguna kerana ramai pengguna mereka menggunakan aplikasi seperti VSCO dan Photoshop untuk mengubah gambar yang diambil.


TIPS & ULASAN