Ura-ura mengenai Google akan hadir dengan sistem pemindahan/perkongsian fail tersendiri seakan AirDrop sudah lama kita dengar. Namun sehingga hari ini masih tiada berita bila ia akan dilancarkan. Apa yang kita tahu, Google akan memberi nama “Fast Share” untuk fungsi ini. “Fast Share” ini adalah alternatif daripada Google untuk pemindahan fail yang pantas, kerana sejak Android 10 – fungsi Android Beam melalui NFC sudah dibuang (Android asli).
Baru-baru ini, pihak XDA menemui yang Google telah menjenamakan semula “Fast Share” kepada “Nearby Sharing”. Fungsi ini akan menggunakan Bluetooth untuk buat tambatan antara peranti dan kemudian akan menggunakan WiFi Direct untuk membuat pemindahan/perkongsian data. “Nearby Sharing” ini boleh ditemui melalui Share Sheet atau juga talam notifkasi untuk akses pantas. Tiada tarikh bila Google akan mula edarkan fungsi ini, tetapi ada kemungkinan besar ia akan diedarkan dalam masa yang terdekat.