Tablet Lukisan Wacom One Akan Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM1625

Diterbitkan pada Jan 14, 2020. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Di CES minggu lalu, tablet lukisan Wacom One telah dilancarkan secara rasmi. Tidak seperti tablet mereka sebelum ini, Wacom One akhirnya boleh digunakan pada telefon pintar dan juga tablet yang menggunakan sistem operasi Android. Bagi peminat produk Wacom, harga jualan untuk Wacom One di Malaysia kelak ialah RM1625.

Ini disahkan menerusi akaun Wacom Asia Tenggara hari ini. Wacom One ialah sebuah skrin sebesar 13.3″ menyokong resolusi HD penuh dengan kemampuan memaparkan 72% warna NTSC. Stylus yang dibekalkan mengesan 4096 tahap tekanan dan sudut sendeng sehingga 60%. Tongkat pada bahagian belakang pula membolehkan tablet diletakkan pada sudut 19 darjah. Wacom One boleh digunakan pada sistem operasi Windows, Mac dan Android.

Sumber Wacom SEA menerusi LowYat.net

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami