Mi Mix Alpha Belum Dijual, Tetapi Xiaomi Sudah Mempatenkan Peranti Skrin Menyeluruh Yang Lain

Mi Mix Alpha Belum Dijual, Tetapi Xiaomi Sudah Mempatenkan Peranti Skrin Menyeluruh Yang Lain

Diterbitkan pada Jan 14, 2020 oleh .

Mi Mix Alpha adalah peranti konsep Xiaomi pada tahun lepas. Ia adalah peranti dengan skrin boleh lipat yang tidak boleh dibuka, dengan kata lain – ia adalah peranti dengan skrin yang menyeluruh. Ia mempunyai 180.6 % nisbah skrin-ke-badan, yang mana skrinnya bukan sahaja melengkung di sisi – tetapi terus melengkung ke belakang peranti. Harga jualan peranti ini adalah lebih dari RM11K dan jualannya ditangguhkan.

Sudahlah Mi MIX Alpha belum dijual dan ujian penuh belum lagi dapat diuji. Tetapi Xiaomi telah mula mempatenkan peranti dengan skrin menyeluruh yang lain. Rekaan paten kali ini adalah amat berbeza, bahagian kamera kini tidak lagi di bahagian tengah. Sebaliknya ia berada terus di hujung peranti. Sekilas pandang, peranti ini kelihatan seperti sebuah buku. Pada Mi MIX Alpha, panel skrin yang digunakan adalah plastik – kerana panel kaca masih belum sedia digunakan lagi untuk melengkung yang dahsyat seperti ini. Xiaomi pernah berkata yang kelak di masa hadapan, mereka akan gunakan panel kaca untuk peranti seperti ini.

Jadi, ada kemungkinan besar – peranti dalam paten ini adalah peranti tersebut. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan.


TIPS & ULASAN