Carian
Instagram Membawa Sokongan DM Ke Web
January 15, 2020 Aman

Instagram sedia menawarkan sokongan permesejan peribadi (DM) di aplikasi mudah-alih mereka, sekaligus memudahkan pengguna berkomunikasi secara lebih peribadi antara satu sama lain. Menariknya, kini, Instagram juga turut telah memulakan ujian untuk ciri yang lebih kurang sama, tetapi di web.

Bermula hari ini, sejumlah kecil pengguna terpilih diseluruh dunia boleh mengakses ciri DM melalui Instagram di web, dan kekal berkomunikasi dengan rakan-rakan sosial mereka dengan mudah.

Instagram mengatakan buat masa ini, ciri ini masih diuji lagi, sebelum keputusan diambil sama ada untuk memperluaskannya atau sebaliknya.

Bersama-sama pengenalan ini juga, sekiranya pengguna mengaktifkan sokongan notifikasi desktop, mereka akan menerima notifikasi (yang dihantar melalui pelayar web) apabila seseorang pengguna menghantar DM kepada mereka.

Komen