Samsung Galaxy S20 Tertiris Memperlihatkan Penawaran Ciri Skrin 120Hz

Samsung Galaxy S20 Tertiris Memperlihatkan Penawaran Ciri Skrin 120Hz

Diterbitkan pada Jan 15, 2020 oleh .

Galaxy S20 120HzSamsung telah sedia menjadualkan pengenalan siri Galaxy akan datang pada 11 Februari 2020 akan datang, dan selari dengannya, sejumlah perkara berkaitan dengan peranti berkenaan telah mula tertiris ke arena web.

Salah satunya adalah berkaitan dengan penawaran skrin pada kadar segar semula mencapai 120Hz. Lanjutan daripada desas-desus sebelum ini, kini sebuah gambar hadir ke arena web, mengesahkan ciri berkenaan.

Melalui pilihan yang ditawarkan, ia menunjukkan pilihan paparan pada kadar segar semula 60Hz dan juga 120Hz. Paparan 60Hz merupakan paparan yang biasa, dan menjanjikan masa penggunaan bateri lama.

Sementara untuk 120Hz, ia menawarkan kesan animasi lebih realistik, selain kebolehan menatal yang lebih lancar. Namun, ia menggunakan tenaga bateri yang lebih, menjadikan jangka hayat bateri lebih rendah.

Samsung dijangka memperkenalkan siri Galaxy S20 ini secara rasminya pada 11 Februari kelak, dimana kita akan mendengar lanjut berkaitan dengannya ketika itu.



TIPS & ULASAN