Cari @ Amanz

Apple Mac Pro mula ditawarkan di Malaysia sebulan yang lalu tetapi hanya dalam versi menara. Bermula hari ini Mac Pro versi rak mula ditawarkan pada harga bermula dari RM27,999 sebuah. Ini ialah versi dengan Intel Xeon W 3,5GHz lapan teras, GPU Radeon Pro 580Xm, 32GB RAM dan 256GB SSD.

Tetapi jika spesifikasi paling tinggi pula dipilih, harga jualan akan mencecah RM 239,228 sebuah. Seperti Mac Pro edisi menara, ini ialah harga tanpa skrin Pro Display XDR yang dijual pada harga bermula dari RM 20,000 sebuah. Bagi yang berminat Apple Mac Pro versi rak kini boleh dipesan terus menerusi laman Apple dengan masa penghantaran mengambil masa di antara 1-2 minggu.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd