Pada hari ini, terdapat beberapa pengeluar yang menyertakan ciri rakaman panggilan suara pada telefon pintar mereka. Bergerak kehadapan, ia dilihat ciri berkenaan akan hadir terbina untuk semua melalui aplikasi Google Phone untuk Android.
Kod awal untuk ciri berkenaan telah pun mula kelihatan pada aplikasi Google Phone terkini, sekaligus menandakan ia akan diperkenalkan tidak lama lagi.
Untuk makluman, ciri ini sebelum ini telah pun terdapat pada versi lama Android, tetapi dibuang sejak Android 9 yang lepas. Dengan pengenalan semula ciri ini, ia semestinya akan mengembirakan ramai pengguna seluruh dunia.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan pengenalan ciri ini pada aplikasi Google Phone tidak lama lagi.