Facebook Kini Menghantar Notifikasi Dan Emel Apabila Anda Log Masuk Di Aplikasi Pihak Ketiga

Facebook Kini Menghantar Notifikasi Dan Emel Apabila Anda Log Masuk Di Aplikasi Pihak Ketiga

Diterbitkan pada Jan 15, 2020 oleh .

Facebook NotifikasiPenggunaan akaun dan profil Facebook untuk log masuk ke perkhidmatan dan aplikasi pihak lain bukan sesuatu yang baru. Pelbagai perkhidmatan menggunakannya dalam memudahkan urusan pengguna.

Kini, dalam mengelak penyalah-gunaan, dan memberikan lebih banyak info kepada pengguna berkaitan penggunaan akaun dan profil mereka, Facebook telah mengubah beberapa polisi.

Salah satunya, bermula hari ini, Facebook akan mula menghantar notifikasi dan emel kepada pengguna apabila mereka menggunakan Facebook Login untuk aplikasi pihak ketiga. Ini sekaligus memastikan akaun anda sentiasa selamat daripada digunakan oleh pihak lain.

Dengan langkah ini, Facebook menyasarkan akaun pengguna lebih terjamin, dan pada masa yang sama mengelak ia menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab.



TIPS & ULASAN