Microsoft sebelum ini telah menjanjikan bakal menawarkan pelayar web terbaru mereka pada pertengahan Januari 2020 ini, dan seperti dijanjikan, kini ia telah boleh dimuat-turun.
Pelayar web terbaru Microsoft Edge ini hadir dijana dengan enjin Chromium – sama seperti yang digunakan pada Google Chrome.
Perubahan ini sekaligus membolehkan pihak Microsoft menyertakan sejumlah ciri-ciri web terbaru dengan lebih pantas, selain pada masa yang sama mengintegrasikan sokongan kebolehan sync antara peranti, penyertaan mod Internet Explorer untuk aplikasi web yang lama, dan fungsi “Collections” untuk memudahkan anda menghimpunkan informasi dibawah satu halaman.
Pelayar web Microsoft Edge baru ini kini boleh dimuat-turun untuk Windows 10, Mac, Android dan iOS. Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun dan mencuba sendiri pelayar web baru daripada Microsoft ini.