Kesatuan Eropah Ingin Menyeragamkan Port Pengecasan Pada Kesemua Peranti

Kesatuan Eropah Ingin Menyeragamkan Port Pengecasan Pada Kesemua Peranti

Diterbitkan pada Jan 16, 2020 oleh .

Di pasaran sekarang terdapat tiga port pengecasan digunakan pada peranti pintar iaitu mikro USB, USB-C dan Lighthing. Jumlah ini mungkin akan berkurangan kepada hanya satu di negara Kesatuan Eropah dalam masa terdekat kerana isu ini sedang dibincangkan di Parlimen Eropah.

Kesatuan Eropah ingin menyeragamkan port pengecas pada kesemua “komputer mudah alih” bagi memudahkan pengguna. USB-C dilihat sebagai pilihan paling mudah kerana ia telahpun digunakan pada peranti Android dan komputer riba. Ini walau bagaimanapun mungkin akan mendatangkan masalah kepada Apple yang masih bertegas menggunakan port Lighthing pada iPhone tetapi tidak pada iPad.

Tahun lalu Apple menentang cadangan penyeragaman ini atas sebab ia kini digunakan lebih 1 bilion peranti. Menurut Apple lagi ini akan menyebabkan pengguna terpaksa membeli aksesori baharu dan menyebabkan lambakan sisi elektronik.

Sungguhpun begitu terdapat beberapa ura-ura iPhone 2020 kelak akan akhirnya menggunakan USB-C sekaligus membolehkan pengguna Apple mengecas iPad Pro, iPhone dan MacBook menggunakan pengecas yang seragam buat pertama kalinya.


TIPS & ULASAN