Spotify Kini Menawarkan Senarai Lagu Khusus Untuk Haiwan Peliharaan

Spotify Kini Menawarkan Senarai Lagu Khusus Untuk Haiwan Peliharaan

Diterbitkan pada Jan 16, 2020 oleh .

Sebagai platform penstriman muzik nombor satu dunia, Spotify telah beberapa kali memperkenalkan ciri baharu yang memberikan keunikan berbanding pesaing. Hari ini mereka memperkenalkan pula Pet Playlists iaitu senarai lagu khusus untuk haiwan peliharaan pengguna.

Pet Playlist menawarkan senarai main untuk haiwan peliharaan kucing, anjing, burung, hamster dan iguana. Pengguna kemudian akan diberikan beberapa soalan seperti sifat haiwan peliharaan (aktif atau pemalas) sebelum sebuah senarai khusus untuk ia dihasilkan secara automatik.

Selain senarai lagu untuk haiwan peliharaan, Spotify juga telah menawarkan senarai lagu untuk kanak-kanak, berdasarkan pendengar lain dan siri TV kegemaran. Untuk mengakses Pet Playlists, sila ke pautan alamat ini Spotify.com/Pets



TIPS & ULASAN