Apple MacBook Pro 13 Dengan Kekunci Baharu Mungkin Dilancarkan Dalam Masa Terdekat

Apple MacBook Pro 13 Dengan Kekunci Baharu Mungkin Dilancarkan Dalam Masa Terdekat

Diterbitkan pada Jan 16, 2020 oleh .

Pada November 2019, sejarah berlaku apabila Apple melancarkan MacBook Pro 16-inci baharu yang kembali menggunakan papan kekunci Magic dengan mekanisme gunting. Tidak pernah di dalam sejarah Apple mereka kembali ke rekaan lama walaupun diasak pengguna. Penggunaan semula Magic Keyboard dilakukan selepas masalah melibatkan papan kekunci kupu-kupu gagal diselesaikan selepas menjalani beberapa penambahbaikan.

Pada waktu ini papan kekunci Magic hanya hanya ditawarkan pada MacBook Pro 16. Bagi mereka yang ingin menikmati papan kekunci ini pada model lebih kecil, ia mungkin berlaku dalam masa terdekat. Sebuah komputer riba Apple sebesar 13-inci telah disenaraikan di laman European Economic Comission baru-baru ini. Biasanya ini berlaku sejurus sebelum produk baharu dilancarkan.

Dengan penawaran MacBook Pro 13-inci kelak, pengguna akhirnya boleh menikmati semula papan kekunci Magic pada harga yang lebih mampu milik. Pada waktu ini MacBook Pro 16-inci ditawarkan pada harga bermula RM 10,499 di Malaysia.



TIPS & ULASAN