Jabatan Imigresen Akan Menyokong Bayaran Menggunakan Dompet Digital Seawal Jun

Jabatan Imigresen Akan Menyokong Bayaran Menggunakan Dompet Digital Seawal Jun

Diterbitkan pada Jan 16, 2020 oleh .

Semalam agihan RM30 kepada rakyat yang layak menerusi inisiatif eTunai Rakyat mula diberikan. Menerusi inisiatif ini kerajaan berharap dapat menggalakkan penggunaan dompet digital untuk transaksi nirtunai di Malaysia. Bagi memudahkan lagi transaksi di Jabatan Imigresen, sistem pembayaran menggunakan dompet digital akan disokong seawal Jun 2020.

Ini diumumkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud hari ini menurut laporan New Straits Times. Dengan pilihan dompet digital, pelanggan diberi satu lagi pilihan bayaran nirtunai sejak Jabatan Imigresen menyokong pembayaran menerusi kad kredit dan debit pada ibu pejabat sejak Disember tahun lalu. Sokongan ketiga-tiga sistem pembayaran nirtunai ini di kesemua pejabat imigresen akan bermula Jun kelak. Pada masa yang sama pembayaran secara tunai masih boleh dilakukan sekiranya perlu.



TIPS & ULASAN