OnePlus Memperlihatkan Beza Skrin 60Hz & Skrin Fluid Display 120Hz

OnePlus Memperlihatkan Beza Skrin 60Hz & Skrin Fluid Display 120Hz

Diterbitkan pada Jan 16, 2020 oleh .

Beberapa hari yang lepas, OnePlus telah mengadakan acara khas yang khusus untuk bercakap mengenai skrin pada peranti mereka. Di acara tersebut, OnePlus telah mengesahkan yang peranti pintar mereka yang akan datang (mungkin OnePlus 8) akan hadir dengan skrin dengan kadar segar semula setinggi 120Hz.

Panel yang mereka gunakan adalah jenis AMOLED Fluid Display dan versi 90Hz sudah pun digunakan pada OnePlus 7 Pro, OnePlus 7T dan OnePlus 7T Pro. Semasa pelancaran OnePlus 7T/7T Pro, mereka ada sebut yang semua peranti akan datang akan kekal dengan paparan Fluid Display. Tetapi mereka tidak nyatakan sama ada 90Hz atau 120Hz. Dengan kejayaan mereka menghasilkan peranti dengan kadar segar semula 90Hz, dan boleh digunakan tidak kira apa tahap kecerahan – mereka yakin dengan penawaran sehingga 120Hz akan mengubah pengalaman penggunaan peranti OnePlus. Pete Lau kemudiannya ada mengicau, beza antara skrin 60Hz dan Fluid Display 120Hz.

Jika peranti mercu mereka adalah 120Hz, adalah peranti kelas pertengahan mereka (mungkin OnePlus 8 Lite) akan menggunakan 90Hz? Nantikan sahaja kejutan dari OnePlus tidak lama lagi.



TIPS & ULASAN