Cari @ Amanz

Sudahkan anda menebus kredit RM30 di bawah inisiatif eTunai Rakyat? Sekiranya ya adalah ia sudah dibelanjakan? Sekiranya ya anda anda rakyat Malaysia yang telah membelanjakan RM10 juta pada hari pertama kredit ini boleh ditebus.

TNG eTunaiAngka ini dikongsi oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini dan adalah sehingga jam 10 malam semalam. Beliau turut mendedahkan 320,000 daripada 380,000 permohonan telah diluluskan. Oleh sebab itu kerajaan mungkin akan menambah peruntukan bagi memastikan kesemua individu yang layak boleh menebus kredit dompet digital mereka. Ketika belanjawan 2020 yang dibentangkan tahun lalu, sebanyak RM450 juta telah diperuntukkan.

Untuk melayakkan anda menerima RM30 ini, pengguna mestilah berusia 18 tahun dan ke atas pada 31 Disember 2019, rakyat Malaysia, dan menjana pendapatan kurang RM100,000 setahun. Untuk merebusnya pula, anda boleh menggunakan mana-mana dompet digital terlibat – iaitu Boost, GrabPay atau Touch n Go eWallet,

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd