Oppo Enco Free Kini Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM499

Oppo Enco Free Kini Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM499

Diterbitkan pada Jan 16, 2020 oleh .

Oppo Malaysia sebelum ini telah mengacah kehadiran fon telinga nirwayar untuk pasaran tempatan, iaitu Oppo Enco Free. Hari ini, mereka secara rasminya mengumumkan penawaran fon telinga berkenaan secara rasminya, sekaligus membolehkan pengguna tempatan mendapatkan fon telinga nirwayar berkenaan.

Oppo Enco Free

Oppo Enco Free menggunakan sokongan Bluetooth untuk berhubung, selain turut disertakan dengan pembatalan bunyi hingar berasaskan AI ketika menjawab panggilan suara.

Oppo mengatakan Enco Free ini menawarkan masa memainkan muzik sehingga 25 jam lamanya – dengan penggunaan bekas simpanan yang menawarkan tenaga bateri tambahan.

Oppo Enco Free ditawarkan pada harga RM499 di Malaysia, dan boleh didapati secara atas-talian mahupun melalui pengedar rasmi Oppo seluruh negara.



TIPS & ULASAN