Xiaomi Mi A3 Akan Menerima Kemaskini Android 10 Pada Bulan Hadapan

Xiaomi Mi A3 Akan Menerima Kemaskini Android 10 Pada Bulan Hadapan

Diterbitkan pada Jan 16, 2020 oleh .

Xiaomi Mi A3 adalah peranti Android One dari Xiaomi yang dilancarkan pada tahun lepas. Ia adalah pengganti kepada Xiaomi Mi A2. Namun, peranti Mi A3 hanya ada satu variasi dan ia boleh dikatakan adalah peranti yang mengecewakan. Ini kerana, Mi A3 hanya mempunyai skrin AMOLED HD+ sahaja dan bukannya FHD+. Akan tetapi, masih ada sahaja peminat untuk peranti siri Mi A.

Ini kerana, bukan semua orang minat akan sistem operasi MIUI. Ramai sahaja minat dengan sistem operasi yang seakan Android asli, seperti saya. Walaupun Android One tidak mempunyai kemaskini sepantas Android asli pada Pixel, Essential Phone atau Oxygen OS pada peranti OnePlus, kelajuan Xiaomi mengedarkan kemaskini masih boleh diterima dan Xiaomi tidak melupakan kewujudan peranti ini. Baru-baru ini, Xiaomi India telah mengesahkan yang kemaskini Android 10 pada Mi A3 akan diedarkan pada bulan hadapan, Februari 2020.

Jadi, bagi mereka yang masih menggunakan Mi A3 anda boleh nantikan dengan sabar – kerana kemaskini ini akan hadir tidak lama lagi. Semak sahaja notifikasi atau semak secara manual di tetapan sistem untuk muat turun dan pasang kemaskini secara OTA.



TIPS & ULASAN