WhatsApp Tidak Berfungsi Dengan Baik Pada Beberapa Peranti OnePlus Dengan Android 10

WhatsApp Tidak Berfungsi Dengan Baik Pada Beberapa Peranti OnePlus Dengan Android 10

Diterbitkan pada Jan 16, 2020 oleh .

Semua peranti OnePlus 7, 7T, 7 Pro dan 7T Pro sudah pun menerima kemaskini Oxygen OS 10 berasaskan Android 10. Kemudian, untuk OnePlus 6 dan 6T kemaskini dalam bentuk beta terbuka keempat sudah pun mula diedarkan. Tidak dinafikan yang Oxygen OS adalah seakan Android asli yang sempurna, namun di dalam dunia ini – tiada ciptaan manusia yang 100% sempurna.

Beberapa pengguna mula melaporkan yang selepas mengemaskini peranti OnePlus mereka ke Android 10, WhatsApp tidak berfungsi dengan baik. Antaranya adalah masalah menetapkan gambar profil pada WhatsApp, yang mana apabila cuba menetapkan gambar – peranti akan mula membeku dan WhatsApp juga akan membeku dan tidak boleh digunakan. Seterusnya, ada juga pengguna melaporkan yang gambar atau video tidak boleh dihantar kepada pengguna WhatsApp lain. Kes lain adalah mengambil gambar melalui aplikasi kamera dalam WhatsApp, hasil gambar tidak boleh dikongsi kepada pengguna lain.

Kebanyakan masalah yang berlaku adalah berkaitan dengan fail-fail media dan berlaku pada peranti OnePlus 7 Pro, OnePlus 7T dan ada juga berlaku pada peranti OneOlus 6. Tiada jalan penyelesaian lagi buat masa ini, tetapi menurut pengguna ini adalah masalah pada Oxygen OS 10 Android 10, kerana semasa menggunakan Android 9 – masalah seperti ini tidak berlaku. Adakah anda mengalami masalah ini?


TIPS & ULASAN