Cari @ Amanz

Untuk permainan video, tetikus dan papan kekunci ialah kombinasi terbaik apabila menggunakan sebuah PC. Namun begitu dengan kepopularan alat kawalan permainan, tombol kawalan analog kini menjadi antara peranti input yang digemari terutamanya dalam permainan simulasi penerbangan misalnya. Jika anda terdiri dari golongan ini, tetikus Asus ROG Charkam telah dihasilkan.

Pada sisi kiri tetikus terdapat tombol kawalan analog terbina bersama dengan dua butang kawalan tambahan yang boleh diprogramkan. ROG Chakram boleh berfungsi secara nirwayar menerusi tambahan bluetooth atau frekuensi radio 2.4GHz. Pada waktu yang sama sambungan secara USB juga boleh dilakukan sekiranya pengguna inginkan masa pendam yang lebih rendah. Dalam mod nirwayar ia menyokong pengecasan nirwayar menggunakan format Qi.

Sensor yang digunakan membolehkan tahap kepekaan diubah di antara julat 100-16,000 DPI, mengesan pecutan sehingga 40G dan kelajuan pergerakan 400 inci sesaat. Seperti tetikus untuk gaming lain di pasaran, sistem lampu LED boleh diubah mengikut keperluan pengguna. Walau bagaimanapun warna lampu akan berubah ke warna merah sahaja apabila tahap bateri turut ke tahap 25%. Bagi yang berminat Asus ROG Charkam dijual pada harga $150 (~RM600) sebuah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd