Huawei Mengeluarkan 240 Juta Peranti Sepanjang 2019 – 6.9 Juta Adalah Peranti 5G

Huawei Mengeluarkan 240 Juta Peranti Sepanjang 2019 – 6.9 Juta Adalah Peranti 5G

Diterbitkan pada Jan 16, 2020 oleh .

Dua tahun yang lalu Huawei menyasarkan akan memintas Samsung sebagai pengeluar peranti terbesar dunia. Tetapi dengan pelbagai sekatan perdagangan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat sejak Mei 2019, jualan peranti mereka terjejas sehingga sasaran mereka tidak dapat dicapai. Terkini Huawei mengesahkan telah mengeluarkan 240 juta peranti sepanjang 2019.

Ini adalah sekitar 40 juta lebih tinggi berbanding 2018. Pada waktu yang sama 6.9 juta dari angka ini ialah peranti dengan sokongan rangkaian 5G. Ini menjadikan mereka pengeluar peranti 5G terbesar di dunia di hadapan Samsung. Turut dikongsi ialah menurut Huawei, jualan peranti siri P dan Mate telah meningkat 50% berbanding tahun lalu. Sungguhpun begitu angka pengeluaran ini adalah lebih rendah berbanding sasaran 250 juta yang diumumkan pada April 2019.


TIPS & ULASAN