Oppo hari ini telah menambah satu lagi penawaran peranti terbaru mereka untuk pasaran global dibawah siri-F, iaitu Oppo F15.
Oppo F15 adalah variasi peranti Oppo A91 untuk pasaran global. Ia hadir dengan skrin 6.4-inci FHD+ AMOLED, menyertakan pengimbas cap jari pada skrin, dijana cip Helio P70, memori sehingga 8GB RAM dan storan sehingga 128GB.
Ia menggunakan empat-kamera utama dibelakang, dengan sensor utama 48MP + 8MP (ultra-lebar) + 2MP (monokrom) + 2MP (depth). Oppo F15 turut menyertakan kamera swafoto 16MP yang diposisikan pada bahagian takuk skrin peranti berkenaan.
Melengkapkan ia juga adalah bateri 4000mAh dengan sokonga pengecasan VOOC 3.0.
Buat masa ini, peranti ini hanya dilancarkan di India sahaja, dan tidak diketahui lagi bilakah akan ditawarkan dinegara-negara lain.