Cari @ Amanz

Facebook sebelum ini telah mengambil-alih WhatsApp pada nilai mencapai $22 bilion pada 2014 yang lepas. Seperti kebanyakkan syarikat lain, dengan pengambil-alihan pada nilai yanng tinggi, semestinya Facebook ingin menjana kembali wang berkenaan dan memastikan WhatsApp membawa keuntungan kepada syarikat berkenaan.

WhatsApp Status

Selari dengannya, pada tahun lepas, Facebook telah mengumumkan kelak WhatsApp akan memaparkan iklan pada bahagian WhatsApp Status.

Bercakap mengenainya, kini WSJ melaporkan yang mana Facebook menangguhkan perkara berkenaan. Facebook pada awalnya menyasarkan untuk memperkenalkan pengiklanan di WhatsApp Status – lebih kurang seperti pada Instagram Stories pada tahun 2020 ini, namun kini ia tidak diketahui lagi sama ada akan diteruskan pada tahun ini, atau ditangguhkan ke tahun 2021 kelak.

Apa pun, Facebook dikatakan akan lebih memfokuskan ciri-ciri WhatsApp untuk perniagaan pada tahun ini. Pada hari ini, terdapat sejumlah perusahaan telah menggunakan WhatsApp untuk perniagaan, selain mereka sendiri telah memperkenalkan WhatsApp Business, dan menguji ciri WhatsApp Katalog untuk memudahkan jual-beli berlaku dalam aplikasi berkenaan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd