Laman Wikipedia kini kembali boleh diakses di Turki selepas diharamkan sejak April 2017. Akses kepada laman ini dikembalikan selepas mahkamah perlembagaan Turki mendapati halangan yang dikenakan melanggar hak kebebasan bersuara rakyat negara tersebut bulan lalu.
The best present we got for Wikipedia's 19th birthday was being unblocked in Turkey. 🇹🇷 (thread) https://t.co/kSVETTU5CO
— Wikipedia (@Wikipedia) January 16, 2020
Halangan dikenakan ke atas Wikipedia selepas mereka enggan memadam artikel yang didapati kritikal terhadap kerajaan Turki serta mendakwa Ankara mempunyai kaitan dengan pengganas ISIS dan Al Qaeda di Syria. Dengan penarikan halangan ini, Wikipedia masih lagi dihalang di China, Venezuela dan Korea Utara