Alphabet Menjadi Syarikat Teknologi Keempat Bernilai $ 1Trilion

Alphabet Menjadi Syarikat Teknologi Keempat Bernilai $ 1Trilion

Diterbitkan pada Jan 17, 2020 oleh .

Dimulakan dengan Apple, diikuti pula oleh Amazon dan Microsoft.  Pagi ini giliran Alphabet menyertai kelab syarikat teknologi yang mempunyai nilai pasaran $1 trilion. Nilai saham Alphabet yang merupakan syarikat induk Google meningkat sejak Sundar Pichai mengambil alih tugas CEO daripada Larry Page.

Ketika artikel ini ditulis, nilai satu saham Alphabet ialah $1,450.16. Selepas Alphabet, Facebook dijangka akan menjadi syarikat teknologi seterusnya yang akan mencapai nilai pasaran ini ialah Facebook. Secara keseluruhan syarikat dengan nilai pasaran tertinggi ialah Saudi Aramco selepas ia menjadi syarikat pertama mencapai nilai $2 trilion pada Disember yang lalu.



TIPS & ULASAN