Asus ROG Phone 2 Premium Menerima Skor 95 DXOMark – Lebih Baik Berbanding iPhone 8 Plus

Asus ROG Phone 2 Premium Menerima Skor 95 DXOMark – Lebih Baik Berbanding iPhone 8 Plus

Diterbitkan pada Jan 17, 2020 oleh .

Peranti untuk permua pilihan kami tahun lalu ialah Asus ROG Phone 2 kerana kombinasi skrin segar semula tinggi, pemproses mantap dan sistem penyejukan yang padu. Tetapi ramai mengatakan peranti untuk permua tidak mempunyai kemampuan fotografi yang baik. Ini mungkin benar sekiranya skor DXOMark yang diberikan kepada ROG Phone 2 digunapakai.

Menurut pihak DXOMark, kamera peranti ini layak menerima skor 95, 97 markah untuk kemampuan fotografi dan 92 markah pula untuk kemampuan videografi. Ini meletakkannya satu anak tangga di atas iPhone 8 Plus yang mencatatkan 94 markah dalam ujian terdahulu.

Pujian diberikan kepada kemampuan fokus yang pantas serta tajam, mod bokeh yang tepat dan penstabilan video yang baik. Kritikan diberikan pula pada kualiti imej zum yang kurang memuaskan dan imbangan warna yang tidak tepat. Kepada pengguna ROG Phone 2, adakah kemampuan kamera peranti anda memuaskan?


TIPS & ULASAN