Kerajaan Menyangkal Dakwaan eTunai Rakyat Ialah Inisiatif Mengumpul Data Peribadi

Kerajaan Menyangkal Dakwaan eTunai Rakyat Ialah Inisiatif Mengumpul Data Peribadi

Diterbitkan pada Jan 17, 2020 oleh .

Kita kini di hari ketiga dan inisiatif eTunai Rakyat diagihkan kepada rakyat Malaysia yang layak. Tetapi beberapa jam selepas ia diberikan, mula tular di media sosial isu data peribadi pengguna akan dikumpul oleh pihak kerajaan membuat sesetengah pengguna tawar hati untuk menuntut kredit RM30.

Tetapi hari ini Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menyangkal dakwaan ini. Menurut beliau data peribadi pengguna seperti nombor kad pengenalan dan alamat telahpun diketahui oleh kerajaan menerusi maklumat MyKad. Sebaliknya menurut beliau jika ada maklumat yang berguna boleh dikumpul ialah melihat pola perbelanjaan pengguna Malaysia.

Sejak diperkenalkan, sebanyak 672,000 permohonan telah diluluskan dan RM 18.8 juta telah disalurkan kepada pengguna menerusi dompet digital Boost, GrabPay dan Touch ‘n Go eWallet.



TIPS & ULASAN