Cari @ Amanz

Google tahun ini akan melancarkan peranti pintar kelas pertengahan bagi menggantikan Pixel 3a. Menurut ura-ura, Google hanya akan hadir dengan satu variasi sahaja – mungkin Pixel 4a dan tiada Pixel 4a XL. Akan tetapi baru-baru ini, kod AOSP mencadangkan yang Google mungkin akan hadir dengan dua peranti kelas pertengahan berbeza. Ya, mungkin benar tiada beza saiz – tetapi membezakan dua peranti ini adalah sokongan 4G dan 5G.

Kod nama peranti pertama yang ditemui dalam barisan kod AOSP adalah sunfish – yang dikatakan akan dijana dengan Snapdragon 730. Kod nama yang seterusnya adalah redfin, yang akan dijana Snapdragon 765. Ini adalah variasi 5G dan ia adalah peranti ODM yang dihasilkan oleh syarikat pihak ketiga – FIH Mobile (anak syarikat Foxconn). Akhir sekali adalah kod nama bramble yang juga menyatakan ia akan dijana oleh Snapdragon 765. Redfin dan Bramble juga dinyatakan diuji untuk kedua-dua sistem operasi Android 10 dan Android 11. Jadi ada kemungkinan salah satu kod nama adalah untuk papan pembangunan (development board).

Tiada informasi yang jelas lagi setakat ini, dan disebabkan rangkaian 5G adalah terhad di Amerika Syarikat – ada juga kemungkinan yang Pixel 4a dengan sokongan 5G akan dijual bersama-sama dengan pelan syarikat telekomunikasi. Untuk versi rangkaian yang telah dinyahkunci – adalah variasi 4G sahaja., Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd