Cari @ Amanz

Poco hari ini telah mengumumkan yang mana mereka kini akan beroperasi sebagai sebuah jenama yang berasingan, dan bukan lagi sebuah sub jenama dibawah Xiaomi.

Dengan langkah ini, ia akan membolehkan Poco beroperasi dan menguruskan strategi pemasaran sendiri – selain hadir dengan peranti-peranti yang menarik pada harga kompetitif. Langkah ini juga akan membolehkan Poco untuk hadir dengan sejumlah peranti-peranti dan gajet lain – bukan hanya memfokuskan kepada telefon sahaja.

Sebelum ini, mereka telah hadir dengan Poco F1 yang menerima reaksi positif pasaran – apatah lagi dengan penawaran pada harga yang sangat kompetitif.

Dengan pengumuman ini, kita akan melihat lebih banyak peranti baru hadir daripada Poco tidak lama lagi. Ini juga mungkin membolehkan ia beroperasi dan bersaing dengan jenama lain – seumpama dilakukan Oppo melalui jenama Realme.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd