Cari @ Amanz

DXO merupakan salah satu organisasi yang sering membuat ujian pada kamera, termasuk pada peranti mudah-alih. Terkini, mereka telah pun menerbitkan skor untuk telefon pintar Honor terbaru, iaitu Honor V30 Pro.

Honor V30 Pro hadir dengan spesifikasi tinggi dijana cip Kirin 990, menggunakan tri-kamera utama gabungan 40MP + 12MP (ultra-lebar) + 8MP (telefoto). Melalui penawaran skor DXO, ia menerima skor sebanyak 122 – hanya satu mata disebalik Huawei Mate 30 Pro 5G, dan mendahului pelbagai pesaing yang lain di pasaran.

Honor V30 DXO

DXO mengatakan ia menawarkan kadar rakaman dengan kesan hingar yang rendah, penawaran prestasi zum yang baik, kesan rakaman bokeh yang efektif, selain rakaman malam yang cantik. Apa pun, ia dikatakan terdapat sedikit masalah ketika menggunakan autofokus dan penstabilan.

Untuk rakaman video, ia dikatakan menawarkan penstabilan yanng efektif, dan pewarnaan yang baik dibawah pelbagai keadaan cahaya. Namun, terdapat sedikit kesan hingar pada keadaan malap, selain sedikit ketidakstabilan autofokus pada beberapa keadaan.

Buat masa ini, peranti ini masih belum dilancarkan di Malaysia lagi, dan tidak diketahui lagi bilakah ia akan dilancarkan secara rasminya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd